- Musik Tradisi Warisan Istana
Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :
1.
Tradisi tinggi (great
tradition)
2.
Tradisi rendah (little
tardition)
Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan
bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana
sebagai pusat kebudayaan.
Raja-raja
menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan untuk
meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana
sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian
raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat
muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan
yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau-Lingga dan Johor.
Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang,
kerompong, gendang dan gong.
·
Tradisi Musik Rakyat
Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula
tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan
nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir
daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka
mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat
muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka
seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan
sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana
dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib,
nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.
·
Tradisi Musik Melayu
yang lain
Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang
keling diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan
Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di
samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda
kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam.
Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai
hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal
dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam
melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget
yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan
canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat musik
paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini
berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.
No comments:
Post a Comment